Saturday, November 21, 2009

'3Z' BERKHATAN


-SELAMAT BERKHATAN-

Hari ni 21 NOVEMBER '09, Anakanda kepada Abang G & Kak Nor ( Kerteh T'ganu ) iaitu 3'Z' (Zuhry,Zahin & zahin) telah selamat berkhatan...Bagi meraikan mereka papa n umminya menghadiahkan kek special untuk mereka.Walau pun mereka masih kecil tapi tetap berani nak berkhatan...Tahniah la buat mereka, walau pun tergambar kesakitan di riak wajah mereka tapi tetap cool..... kAdang2 tu waktu malam mengadu sakit jgk al maklum la cuaca sejuk. semuanya rasa sengal2. Hehehhee

Thursday, November 12, 2009

Happy Birthday Echah!

Selamat Menyambut Hari Lahir...
11 November 2009, genap la 18 tahun umur cik Ecah ni..Semoga sentiasa dirahmati Allah dan dianugerahkan kecemerlangan duia & akhirat..Amin

Note: Esok, balik dari teganu kalu tak potong kek lagi bulehla potong kat Sri Gombak..He3

Wednesday, November 11, 2009

Takziah Buat Kak Tini sekeluarga

Buat pengetahuan semua,
Pagi ni seorang lagi warga baru Keluarga Tok Ayoh iaitu anak Kak Tini AyahLong telah kembali ke Rahmatullah di hospital pada pukul 10.00 pagi .Setelah 46 hari dilahirkan, namun takdir Allah mengatasi segalanya. Allah lebih sayangkan dia, ditakdirkan untuk memberikan syafaat untuk kedua ibubapanya nanti..Amin.
Takziah buat Keluarga Kak Tini...

Tuesday, November 10, 2009

Perkembangan dari Tanah Suci

Pukul 9.30 pagi tadi, Kak Dah ada buat panggilan dari Tanah Suci. Masa tu kat sana lebih krg kul 4 pagi dan dia tgh tunggu Mak Mudo untuk sama-sama ke Masjid.Jarak dari tempat penginapan mereka ke masjid adalah kira-kira 800 meter. Alhamdulillah semuanya sihat.

Monday, November 9, 2009

Happy Birthday CikNa

SELAMAT HARI LAHIR

Buat KakNa, selamat menyambut hari Lahir yg ke-33. Semoga rezeki bertambah dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga berbahagia dunia & akhirat


Saturday, November 7, 2009

Semangat Bola Cucu Tok Ayoh

Tengokla betapa semangatnya cucu Tok Ayoh Eid menyokong perlawanan bola malam ni antara Kelantan & Nogori..Abe Wi hok tok sihat lagi sambil bertongkat pun nak tupe berposing...Ishk..Ishk..Ishk. Tu posing kat depan umah I ler tu sebelum ke stadium.Nasib baikla asben kita tak minat bola.

KEKUASAAN ALLAH S.W.T.

LIHATLAH & RENUNGKANLAH ........
LINGKARAN BULAN
Lingkaran ini berlaku di Terengganu pada 31 Oct 2009 malam kira2 10:00pm sehingga 10:30pm. Ianya betul2 berada di atas kepala. Sesetengah negeri dapat melihatnya & sesetengah negeri x berpeluang tengok kejadian ni.
Tengok la gambar2 ni.. Nampak tak bulan yg di kelilingi bulatan cahaya yg menyerupai pelangi. Di tepi bulan tu terdapat sebutir bintang yg amat terang. Mula2 mmg jelas/sharp sgt cahaya pelangi tu.Ternampak awan berada didalam bulatan pelangi tu yg membentuk kalimah Allah S.W.T. SUBHANALLAH. .... SUBHANALLAH. .. SUBHANALLAH. ..
Fenomena ni berlaku menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah S.W.T.Maha Suci Allah saja yg mengetahui segala apa yg tersirat mahu pun tersurat. kita sebagai hambaNYA yg kerdil lagi hina nak mentafsir semua yg DIA tunjukkan. Sebaliknya kita wajib mengagungkan kebesaran dan keesaanNYA tanpa mempersoalkan sikit pun apa saja yg DIA jadikan.
Sama2 la kita merenung apa yg terjadi ni ya.. Kalau Allah kata kun..fayakun.... Semoga kita semua amik iktibar dr apa yg terjadi pada malam tersebut.Dan semoga Allah melindungi kita semua dari segala bala bencana dan malapetaka.



















Friday, November 6, 2009

Hari Yang Sibuk...

Hari ni Mok Muda sampai KL untuk berangkat ke Tanah Suci bersama Kak Dah & Abe Kob.Loni, ramai sedara-mara berkumpul kat rumah Abe Wi (sebelah rumah I ler) utuk bertemu ngan Mok Muda.
Ma pun sibuk memasak untuk sedara-mara yang datang.I pun tumpang menyibuk (dapatler kuar rumah.sebelah rumah pun jadiler)Masing2 sibuk packing barang untuk Mok Muda. Memandangkan ramai sedara ada disini, Azri mengambil kesempatan mengajak semua yang ada untuk solat hajat kat rumah yang baru dia pindah kat Fasa 7 Sri Gombak.
Lepas ni, semua akan pergi berkumpul kat rumah Kak Dah & Abe Kob pulak untuk membantu mereka membuat persiapan terakhir.
Mereka akan bertolak ke Tanah Suci pada pagi esok...
Selamat berangkat....

Tuesday, November 3, 2009

SEMOGA CEPAT SEMBUH

Buat pengetahuan semua,
Selepas dua minggu Kak Nor keluar hospital ,hari Khamis lepas Abe Wi pulok telah dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri setelah dr. dapat mengesan ada ulser pada ususnya dan juga appendik. Pembedahan telah selamat dijalankan pada hari yang sama dan Alhamdulillah pada hari Ahad, 1 nov 2009 Abe Wi telah dibenarkan keluar hospital dan buat masa ni sedang berehat dirumah selama 2 minggu kerana belum pulih sepenuhnya lagi.
Alhamdulillah, nasib baik ma pun ada kat sini. Ma pun busy sgt sekarang...tengok2kan Abe Wi dalam masa yang sama monitor Ayu berpantang dan juga menyiapkan bekalan untuk Kak Dah bawak ke Tanah Suci.
Apapun kita sama-sama doakan Kak Nor & Abe Wi cepat sembuh.