Sunday, May 24, 2009

Cuba Teka Gambar Sapa ni...

Salam,
Cuba teka sapa ni....kalu x kenal ni berat benarlah. Sebab...ni antara orang kuat sebarang majlis yang di adakan oleh anak cucu tok Ayoh..







Eda dah nak kahwin...

Salam,
Rasanya kebanyakan anak beranak, cucu cicit Tok Ayoh tahu dah bahawasanya Ayoh Nik & Mok Nik bakal menerima menantu sekitar Jun 2009... Tahniah

Aturcara Majlis:



  1. Majlis akad nikah : Khamis, 28 Mei 2009 di Masjid Wakaf Bharu (3.00 ptg)

  2. Bekwoh : Isnin, 01 Jun 2009 di Rumoh Ayoh Nik

  3. Warna Tema : Biru


Nok mudah lagi, buleh tgk kad kawin Eda ni....

Kami warga cucutokayoheid.blogspot.com mengucapkan tahniah buat Ayoh Nik sekeluarga dan berdoa agar majlis berjalan dengan lancar dan semoga Eda & Amran kekal bahagia dunia & akhirat Amin.

Nanti kito pakat tunggu gambar2 majlis sekitar perkahwinan Eda & Amran.
Pakat ambik gambar comel2...

Thursday, May 14, 2009

Renung-renungkan...

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU!!! (belated laa...)



Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada...........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Saturday, May 9, 2009

Renungan Bersama

Salam Buat Keluarga Tok Ayoh...
Untuk renungan bersama, mari kita baca dan semoga kita berada dalam golongan yang sentiasa mendapat rahmat dan keberkatanNya.

Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama
sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi:-
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.


Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur.
Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut:-
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja.Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita.
Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.