Thursday, April 23, 2009

Renungan - Petikan E-mel (Thanks Pn Sri HDY)

AKU, KAU BERBEZA ....AKU, KAU ISTIMEWA ....LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakaladosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anakperempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanyakalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki...
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang takada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?

Itulah bandingannya dengan seorang wanita.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadimilik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelakimenerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dananak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapisetiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhlukALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudaraperempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudaralelakinya.Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintuSyurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turutmenerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpaperlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisiseorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewadisisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadipemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAHwanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulangmengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamuberpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamubermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehinggadengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telahdikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri .

Monday, April 13, 2009

Team Futsal Cucu Tok Ayoh Eid @ Power Rangers

Jange mare....team futsal tok ayoh jugak buleh bertujar menjadi POWER RANGERS

















Team Futsal Cucu Tok Ayoh Eid

Terima kasih buat Abe Hafiz kito yang menghantar foto2 team futsal Cucu Tok AyohEid. Hebat cucu tok Ayoh ni sampai buleh wat team futsal.
Menurut Hafiz, gambar ni diambil masa rayo tahun lepas. Rasanya ada hok takdok dalam gambar. Nanti kita masuk lain kali.














Tuesday, April 7, 2009

Happy birthday Asma'


Selamat menyambut Hari Lahir buat Asma'.
Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah



Gambar Keluarga

Assalamualaikum,

Mana ler gambar keluarga Anak dan Cucu Tok Ayoh nih...Yang dah ada Keluarga Mokcik Ti Pendek, Mok Mudo Melor, Ayaoh Ngoh salor Pun ada tapi x lengkap...Moksu Bangi pong ada tapi kalu buleh gambar tu atar sekali dengan nama ahli keluarga...penting tu. Keluarga makin bertambah koho payoh nak ingat namo..Adoi..(seksok nok wat titih senang ..hihi)

Monday, April 6, 2009

ANOK CUCU AYOH TOK....

Foto-foto Anok Cucu Tok Ayoh
Foto-foto ni adalah koleksi dan sumbangan anok cucu Tok Ayoh. Jadi sapa2 yang ada foto menarik sebarang aktiviti atau apa2 sahaja berkaitan Anok Cucu Tok Ayoh Eid buleh e-mail untuk kita sama-sama meriahkan blog ni.

















Text Color

Thursday, April 2, 2009

Foto Terkini Perkahwinan Dayah

PERKAHWINAN NOR HIDAYAH & CHE KHAIRUL

Tanggal 2ohb MAC 2008 bersamaan 23 RABIULAWAL 1430H, hari Jumaat yang mulia, telah berlangsungnyo Majlis Kesyukuran sempena meraikan perkahwinan DAYAH & KHAIRUL


Kami doakan semoga pasangan pengantin baru ni sentiasa berada dalam rahmat Allah dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


TAHNIAH !!!