Monday, December 28, 2009

MAKAN-MAKAN DI RUMAH AZRI


Acara:
Makan-makan biasa jah sebab kebetulan "terkumpul" di Sri Gombak & Ayah Chik G bawak sedikit laksa dari kelate.

Menu:
Laksa
(Ayah Chik G bawok dari klate, kuoh lakso-mokcik T buat di Sri Gombak)
Kek Birthday (Kak No Abe Wie)

Tempat:
Rumah Azri di Sri Gombak
(Ahli baru Sri Gombak ni..he3)

Tetamu:
Ayah Chik G & keluarga
Ayah Chik D & keluarga
Mokcik T & keluarga








Saturday, November 21, 2009

'3Z' BERKHATAN


-SELAMAT BERKHATAN-

Hari ni 21 NOVEMBER '09, Anakanda kepada Abang G & Kak Nor ( Kerteh T'ganu ) iaitu 3'Z' (Zuhry,Zahin & zahin) telah selamat berkhatan...Bagi meraikan mereka papa n umminya menghadiahkan kek special untuk mereka.Walau pun mereka masih kecil tapi tetap berani nak berkhatan...Tahniah la buat mereka, walau pun tergambar kesakitan di riak wajah mereka tapi tetap cool..... kAdang2 tu waktu malam mengadu sakit jgk al maklum la cuaca sejuk. semuanya rasa sengal2. Hehehhee

Thursday, November 12, 2009

Happy Birthday Echah!

Selamat Menyambut Hari Lahir...
11 November 2009, genap la 18 tahun umur cik Ecah ni..Semoga sentiasa dirahmati Allah dan dianugerahkan kecemerlangan duia & akhirat..Amin

Note: Esok, balik dari teganu kalu tak potong kek lagi bulehla potong kat Sri Gombak..He3

Wednesday, November 11, 2009

Takziah Buat Kak Tini sekeluarga

Buat pengetahuan semua,
Pagi ni seorang lagi warga baru Keluarga Tok Ayoh iaitu anak Kak Tini AyahLong telah kembali ke Rahmatullah di hospital pada pukul 10.00 pagi .Setelah 46 hari dilahirkan, namun takdir Allah mengatasi segalanya. Allah lebih sayangkan dia, ditakdirkan untuk memberikan syafaat untuk kedua ibubapanya nanti..Amin.
Takziah buat Keluarga Kak Tini...

Tuesday, November 10, 2009

Perkembangan dari Tanah Suci

Pukul 9.30 pagi tadi, Kak Dah ada buat panggilan dari Tanah Suci. Masa tu kat sana lebih krg kul 4 pagi dan dia tgh tunggu Mak Mudo untuk sama-sama ke Masjid.Jarak dari tempat penginapan mereka ke masjid adalah kira-kira 800 meter. Alhamdulillah semuanya sihat.

Monday, November 9, 2009

Happy Birthday CikNa

SELAMAT HARI LAHIR

Buat KakNa, selamat menyambut hari Lahir yg ke-33. Semoga rezeki bertambah dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga berbahagia dunia & akhirat


Saturday, November 7, 2009

Semangat Bola Cucu Tok Ayoh

Tengokla betapa semangatnya cucu Tok Ayoh Eid menyokong perlawanan bola malam ni antara Kelantan & Nogori..Abe Wi hok tok sihat lagi sambil bertongkat pun nak tupe berposing...Ishk..Ishk..Ishk. Tu posing kat depan umah I ler tu sebelum ke stadium.Nasib baikla asben kita tak minat bola.

KEKUASAAN ALLAH S.W.T.

LIHATLAH & RENUNGKANLAH ........
LINGKARAN BULAN
Lingkaran ini berlaku di Terengganu pada 31 Oct 2009 malam kira2 10:00pm sehingga 10:30pm. Ianya betul2 berada di atas kepala. Sesetengah negeri dapat melihatnya & sesetengah negeri x berpeluang tengok kejadian ni.
Tengok la gambar2 ni.. Nampak tak bulan yg di kelilingi bulatan cahaya yg menyerupai pelangi. Di tepi bulan tu terdapat sebutir bintang yg amat terang. Mula2 mmg jelas/sharp sgt cahaya pelangi tu.Ternampak awan berada didalam bulatan pelangi tu yg membentuk kalimah Allah S.W.T. SUBHANALLAH. .... SUBHANALLAH. .. SUBHANALLAH. ..
Fenomena ni berlaku menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah S.W.T.Maha Suci Allah saja yg mengetahui segala apa yg tersirat mahu pun tersurat. kita sebagai hambaNYA yg kerdil lagi hina nak mentafsir semua yg DIA tunjukkan. Sebaliknya kita wajib mengagungkan kebesaran dan keesaanNYA tanpa mempersoalkan sikit pun apa saja yg DIA jadikan.
Sama2 la kita merenung apa yg terjadi ni ya.. Kalau Allah kata kun..fayakun.... Semoga kita semua amik iktibar dr apa yg terjadi pada malam tersebut.Dan semoga Allah melindungi kita semua dari segala bala bencana dan malapetaka.



















Friday, November 6, 2009

Hari Yang Sibuk...

Hari ni Mok Muda sampai KL untuk berangkat ke Tanah Suci bersama Kak Dah & Abe Kob.Loni, ramai sedara-mara berkumpul kat rumah Abe Wi (sebelah rumah I ler) utuk bertemu ngan Mok Muda.
Ma pun sibuk memasak untuk sedara-mara yang datang.I pun tumpang menyibuk (dapatler kuar rumah.sebelah rumah pun jadiler)Masing2 sibuk packing barang untuk Mok Muda. Memandangkan ramai sedara ada disini, Azri mengambil kesempatan mengajak semua yang ada untuk solat hajat kat rumah yang baru dia pindah kat Fasa 7 Sri Gombak.
Lepas ni, semua akan pergi berkumpul kat rumah Kak Dah & Abe Kob pulak untuk membantu mereka membuat persiapan terakhir.
Mereka akan bertolak ke Tanah Suci pada pagi esok...
Selamat berangkat....

Tuesday, November 3, 2009

SEMOGA CEPAT SEMBUH

Buat pengetahuan semua,
Selepas dua minggu Kak Nor keluar hospital ,hari Khamis lepas Abe Wi pulok telah dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri setelah dr. dapat mengesan ada ulser pada ususnya dan juga appendik. Pembedahan telah selamat dijalankan pada hari yang sama dan Alhamdulillah pada hari Ahad, 1 nov 2009 Abe Wi telah dibenarkan keluar hospital dan buat masa ni sedang berehat dirumah selama 2 minggu kerana belum pulih sepenuhnya lagi.
Alhamdulillah, nasib baik ma pun ada kat sini. Ma pun busy sgt sekarang...tengok2kan Abe Wi dalam masa yang sama monitor Ayu berpantang dan juga menyiapkan bekalan untuk Kak Dah bawak ke Tanah Suci.
Apapun kita sama-sama doakan Kak Nor & Abe Wi cepat sembuh.

Friday, October 30, 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Salam,
Buat pengetahuan semua, Kak Dah dan Abe Kob serta Mok Muda akan menunaikan ibadah haji pada musim haji kali ni. Mereka akan berangkat pada hari Sabtu, 07 November 2009 ...seminggu lagi.So, kita pakat2 doa supaya mereka memperolehi Haji Mabrur, selamat pergi dan selamat kembali.

Sunday, October 25, 2009

AIDILFITRI SEPTEMBER 2009 -ZIARAH PUSARA

Selesai beraya di rumah Ayoh Tok, kami beramai-ramai berjalan kaki ke pusara Tok Ayoh & Mok Tok.


Bersama-sama berjalan ke kawasan perkuburan

Ayoh Chik 'G' memberikan ucapan ringkas tentang adab-adab menziarahi kubur



Kemudian, kami beramai-ramai singgah rumah Abe Zaki menjamu selera. Kak Ita masak nasi lemak.


Sebahagian cucu-cicit Tok Ayoh melepak di anjung rumah Abe Zaki

AIDILFITRI SEPTEMBER 2009 DI RUMAH TOK AYOH

Buat tatapan semua...
Pada hari pertama Aidilfitri 2009, kami sempat menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah/madrasah Tok Ayoh.Alhamdulillah walaupun tak semua ada, ramai jugok anakcucu tok Ayoh Eid ni yang memenuhi madrasah dan segenap ruang rumah.
Bermula dengan solat sunat kemudian bermaaf-maafan, sama-sama menjamu selera dgn makanan yang dibawa oleh keluarga masing-masing(macam2 ada) dan aktiviti mengumpul duit raya(budak2 sukalah ni..).
Selepas itu kami beramai-ramai menziarahi pusara Tok Ayoh & Mok Tok dan Mok Wan & Pok Sin.Hok tak sempat datang umah Tok Ayoh bulehla tatap foto kat bawah ni yer...


Kat depan umah Tok Ayoh

Tak muat balasoh, yng pompuan solat kat dalam rumah


Di ruang dapur, Ayoh Long & Mok Long menjamu selera. Turut bergambar bersama Kak Za & Cik Huda. Mok Muda dok bual ngan Mok We Esah


Anak-anak teruna duk berbual sambil menjamu selera kat tangga depan

Thursday, October 22, 2009

Konvokesyen Asma'

Baru-baru ni, pada 4/10/2009 kami menghadiri majlis Konvokesyen Asma di UUM, Sintok Kedah.Tahniah Buat Asma'.Ni gambar bersama ahli keluarga yang sempat meluangkan masa menghadiri majlis konvo ini.


Pada malamnya, kami sempat singgah makan di Kuala Perlis. Pasangan Pegantin baru belanja makan seafood. Alhamdulillah.


Terima Kasih...

Salam....
Hari ni baru masuk hari ke-11 berpantang.Fuh, lama lagi tuh nok tunggu habis. Sabar... Alhamdulillah Allah kuatkan semangat menghadapi ujian dan takdir dariNya. 4 tahun menunggu kehadiran Khairunnisa' , namun takdir Allah mengatasi segalanya. Terima kasih pada keluarga dan sedara-mara yang sentiasa ada semasa susah dan senang...dari mula masuk hospital sehingga selesai urusan pengkebumian Khairunnisa', tahlil dan sms kata2 semangat.
TERIMA KASIH SEMUA.

ALL THE BEST VIA 'UPSR', 'PMR', 'SPM', 'STPM'.....




KhAs Untuk Warga CuCuCiCitTokAyohEid
yang menduduki peperiksaan pada tahun ni..
Kami mengucapkan ...
SEMOGA BERJAYA
&
SEMOGA KEJAYAAN MENGIRINGI ANDA SEMUA


**** RESULT UPSR akan kuar bulan depan...semoga semua dapat result GEMPAQ








Wednesday, October 14, 2009

TAKZIAH BUAT KAK YU SEKELUARGA.......

BUAT PENGETAHUAN SEMUA.....
Kita telah kehilangan seorag insan yang disayangi..Belum pun berkesempatan melihat Bumi Allah yang indah ni .....dia telah dijemput mengadap Illahi. Insan yang dimaksudkan ialah bakal kepada anakanda kak yu & Abang Nazri.Diharapkan kak Yu sekeluarga banyak bersabar dan redha atas pemergiannya.....Doakan semoga anakanda tergolong di kalangan orang2 yang beriman.. Ketahuilah Allah S.W.T. amat menyayanginya dan ada hikmah disebalik apa yang berlaku....
Dengan itu..marilah kita bersama-sama berdoa dan sedekahkan bacaan AL-FATIHAH....

Sunday, October 11, 2009

iNi DiA aHLI BaRu kITE..........



Untuk Tatapan semua.....
Tahun '09 merupakan tahun yang bersejarah bagi warga cucutokayoheid kerana kesemua ahlinya berlumba2 menunjukkan kehebatan masing2 dalam acara "siapa cepat melahirkan anak"hehehe....yang disertai pengantin lama dan pengantin baru...jumlah pesertanya cukup memberangsangkan iaitu seramai 7 pasangan.... Acara kemuncak telah sampai kepenghujungnya dengan lahirnya ahli baru cucucicitokayoheid sepanjang menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Aidil Fitri yang mulia...
Kami di sini mengucapkan sekalung tahniah kepada
*Abang Yie & kak Tie ( k.Krai ) - seorang puteri bernama Nur Syaza Hani
*Kak Yu ( MokWe ) - seorg putera bernama Muhammad Basyir Fithri
*Kak Tini ( Mok Long ) -
*Hasbi - seorang puteri bernama Nur Fatin Aliya
*Abang Long ( Melor ) - seorg puteri bernama Nurul Alisya
Terdapat 2 lagi peserta yang ontheway nak bersalin.....iaitu Kak Yu (mCik Tie ) & Kak Nor Lundang.....
Di sini, Pn Sri hanya sempat paparkan 3 jer gambar ahli baru kito ni untuk tatapan semua. Manakala yang selebihnya tengah berusaha untuk mendapatkannya...Pn Sri akan upadated dari semasa ke semasa. Oleh tu selalu la jenguk2 blog ni...hihiihiihii . Untuk pengetahuan semua, ahli baru kita ni ada pengalaman baru semasa dilahirkan...iaitu ada yang kuar ikut tingkap dan ada yang kuar ikut pintu biasa....nakal betul diorang ni ye...kecik2 dah pandai lompat tingkap. nak wat mcm mana cucutokayoheid ni terkenal dengan cucu2 yang nakal tapi baik hati dan berilmu..heehhee..xpela kuaar melalui mana2 pun asalkan ahli baru ni jadi anak2 yang soleh dan solehah..InsyaAllah....Dan kepada ibu2 yang baru bersalin tu jgn lupa berpantang plk...jgn ikut suka je nak makan....nanti pahni body tu biar la slim macam model ye....
***Pesanan Daripada Penaja : sesiapa yang ada info terkini dan terhangat ttg cucutokayoheid ni, silalah email kak yu @ Pn Sri ( errani007@yahoo.com ).

Friday, September 18, 2009

Happy Birthday Nurul Iman

Selamat Menyambut Hari Lahir
Yang Ke-4
Buat Anakanda Tersayang
















Thursday, September 17, 2009

Perubahan Majlis Akad Nikah

Majlis Perkahwinan Asma' & Azman
Akad Nikah :
24 September 2009 ( 9.00 pagi)
Ketibaan Rombongan Pengantin:
2.00 petang

Tahniah Idayu!!!

Salam,
Dengar ceritanya, Idayu (Keluarga Allahyarham Pok Sin & Mok We) telah selamat melahirkan cahayamata keduanya.

Tahniah!

Saturday, September 12, 2009

Buah Dokong Pendek

Alhamdulllah. Masa balik kg awal Ogos 2009, buah dokong tgh merimbun kat tepi rumah. Nasib baik lah ada pokok dokong tepi rumoh, kalu tidak mana ada masa nak jengok belakang dan tepi rumah. Balik pun semetar-semetar jah.
Dapatlah wat balik KL untuk adik-beradik sini merasa sikit sore.Alhamdulillah.









.

Friday, September 4, 2009

Kad Jemputan kahwin Asma' & Azman



Jemputan Majlis Perkahwinan Asma' & Azman

Aturcara:

Akad Nikah

24hb September 2009 : 10.00 Pagi

Jamuan Makan

24hb September 2009 :12.00 t/hari - 8.00 malam

Rombongan pengantin lelaki dijangka sampai sebelum zohor disambut dengan bacaan doa selamat, doa istimewa untuk pengantin dan pertunjukan silat.





Thursday, September 3, 2009

Selamat Datang Ramadhan

Salam,
Pejam celik, hari ni dah masuk hari ke-13 kita berpuasa. Alhamdulillah Allah masih memberikan kesempatan untuk menunaikan ibadat puasa dan masih sempat kita berterawih dan menghidupkan malam-malam Ramadhan.
Raya pun tak lama lagi..Anak-cucu Tok Ayoh Eid jange lupa, ambil cuti awal2 sikit sebab raya ke-5 nanti ada acara besar menanti di Pendek. Bekwoh Asma'. Dengar cerita ada acara hebat sepanjang berlangsungnya Majls Perkahwinan Asma' & Azman. Kad Kahwinnya nanti kita upload kedian yer.

Sunday, August 16, 2009

Tahniah buat Hamzi !!!



Tahniah buat Hamzi !!!

Ni gambar semasa Majlis Konvokesyen Hamzi baru-baru ni.

Tuesday, August 11, 2009

PETUA H1N1 UNTUK DIKONGSI BERSAMA

PETUA INI ADALAH KIRIMAN DARI SEORANG SAHABAT YANG PERIHATIN...
JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...

MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....
My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son wasconfirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was
bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad camefm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar.... No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and hiseyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room... Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practicallyfainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to goto the north with the father...
First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him toSg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert andmore equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day tosolve the problem.
Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in townto "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simpleprescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguhnya...selawat 3x...

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till yourfever disappear and yr symtoms are gone....
I cannot explain it but the child in ShahAlam was ok too after taking this tip....

ALHAMDULILLAH. ..my staff's son was given the apple juice for the whole day onMonday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterdayWednesday.. . .she called me and was crying on the phone to say that her son was outof ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today(thursday 6 august)... This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small infocould assist others as well,

INSYA'ALLAH! !!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!

H1N1-INFO PENTING!!!

Salam,
Memandangkan penyebaran H1N1 telah begitu cepat berlaku dan ramai dikalangan kita masih kabur dgn virus ini, mari kita sama2 fahami supaya penyebaran dapat dikurangkan.
Berikut adalah petikan dari blog Dr Azwan. Sapa2 yang ingin mendapat banyak info berguna boleh layari http://www.drazwan.blogspot.com/

1.Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?
Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu

* Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)
1. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran2. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)3. Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini4. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.

* Common Cold
1. Disebabkan oleh berbagai jenis virus2. Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam3. Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari

* Pharyngitis / radang tekak1. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak2. Gejala utama adalah sakit tekak dan demam3. Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya

* Pneumonia/ jangkitan paru-paru1. Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru2. Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas3. Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital

2.Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.Lagi...

3.Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?
Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

4.Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.who.int/en

5.Apakah gejala virus ini?
Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

6.Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

7. Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi?
Tidak. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.

8. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:* Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak* Berehat dan meminum banyak air* Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol* Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda* Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul* Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain* Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan* Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan

9. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demamKanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

10. Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?
* Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan* Adab batuk yang baik (cough etiquette)* Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap* Pengudaraan dalam rumah yang baik* Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan* Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.* Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama* Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru* Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit* Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

11. Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?
Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).

12. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?
Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.

13. Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?
Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.

14. Bolehkah kita ke luar negara?
Buat masa ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan ke luar Negara terutamanya negara-negara yang terjejas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai semasa berada di sana.Sekiranya anda jatuh sakit sama ada semasa berada di luar Negara atau setelah kembali ke Malaysia, segera dapatkan rawatan doktor.

15. Kawan saya baru pulang dari salah sebuah Negara yang terjejas, adakah beliau boleh terus hadir ke tempat kerja atau dikenakan tindakan kuarantin. Apakah yang patut saya lakukan sebagai rakan sekerja?
Sebagai seorang warga kerja yang bertanggungjawab, seseorang yang baru pulang dari luar Negara dan sihat tidak dikenakan tindakan kuarantin tetapi beliau perlu memantau kesihatan diri terutamanya gejala demam/batuk/sakit tekak/selesema.Sekiranya individu tersebut berasa tidak sihat, beliau hendaklah berehat di rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-4 hari atau sehingga beliau pulih.Sementara itu pihak majikan perlu menasihati pekerja mereka yang mempunyai gejala influenza untuk tidak hadir bagi mencegah penularan penyakit ini berlaku di tempat kerja dan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.Pihak majikan juga hendaklah melaporkan sebarang kejadian dalam kalangan pekerja bergejala influenza kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini. Pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza- like-illness juga berkewajipan untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

16. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebutJika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut

17. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?
Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

18.Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah?
Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki untuk berada di rumah.Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

19. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?
Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

20. Bolehkah saya mendapatkan refund ticket sekiranya saya ingin membatalkan perjalanan ke Negara yang terjejas.
Sekiranya anda ingin membatalkan tiket penerbangan sila dapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor yang berdekatan. Perlu diingatkan bahawa individu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan influenza A(H1N1) yang lebih teruk.

21. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained human to human transmission)?
Penularan jangkitan influenza A(H1N1) berlaku secara berterusan dalam kalangan manusia dan punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenalpasti

22.Apakah yang dimaksudkan dengan Fasa Mitigasi
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.Lagi...

23.Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)?Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.

24.Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?
Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimi pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.

25.Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.

26.Adakah pekerja asing yang baru pulang daripada tanah air mereka perlu menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan?
Tidak. Pihak majikan perlu menasihatkan mereka untuk mengamalkan langkah pencegahan dan memaklumkan kepada majikan jika mengalami gejala influenza-like illness.Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my

Saturday, August 8, 2009

Renungan-Petikan email K.nor Lunde

Fatimah
Aku dikhabarkan diusia delapan belas kau dinikahkan
Bersama Ali,anak saudara kesayangan ayahandamu
Di Majlis besar itu kau berpakaian dari bulu
Yang mana ada dua belas tampalan jahitan
Mengikut adat orang Arab
Mempelai akan berpindah rumah
Ayahandamu membekalkan
Batu pengiling
Lesung penumbuk gandum
Sehelai kulit
Sebiji bantal
sebuah jag air
Sebiji pinggan
Peristiwa ini mengejutkan
Abu Bakar
Umar
Uthman
Usamah
Seraya Abu Bakar bertanya dalam hiba
Cuma ini bekalannya
Dijawab baginda
Ini memadai untuk orang yang masih hidup

Fatimah
Itu bangsa Arab
Walaupun bondamu hartawan
Ayahandamu manusia agung
Islam diutamakan

Fatimah
Bangsaku melayu
Adat kami mengatasi agama
Kami malu sekiranya terlalu beragama
Nanti jiran tertangga mengata
Selekeh dan tak moden
Tiada kenduri kendara
Adat bertunang
Membatalkan wuduk cincin emas bertatah berlian
Kami bersanding mendedahkan aib
Kami bangga sekiranya bentuk tubuh jadi hidangan
Kami suka hantaran mengatasi kemampuan
Kami suka dipuji
Kami suka mengeji

Fatimah
Adat kami lebih hebat dari agama
Nak nikah kami berijazah
Nak nikah kami ditemuduga
Tapi
Tak nikah pun kami boleh bersama

Fatimah
Dara bukan segalanya
Mencuba kerana sudah menjadi biasa
Lelaki kami sudah tak kira
Terlalu baik kerana mereka yang angkara
Kami pun suka dapat merasa dan ternoda

Fatimah
Adat kami menyulitkan yang mudah
Adat kami memudahkan dosa
Jaga nama baik keluarga walaupun ternoda
Gadai agama walaupun berdosa
Sumpah janji perkara biasa
dunia perlu diutama
Tiada lagi perlu mendalami agama
Cuma tertera pada pada mykad,Islam
Bahasa Inggeris dipertahankan
Bahasa Ibunda dipertiwikan
Bahasa Al-Quran kami nga nga
Kerana
Kami tidak punya masa
Ibu pulang jam lima
Bapa pulang sekali sekala
mbak yang mengajar bahasa jawa

Fatimah
UiTM,UM,USM, UTM
Dan semua U menjadi sasaran
Kami tersasar dalam agama
Malu anak gagal periksa
Daripada malu anak menghala ke neraka

Fatimah
Sunnah ayahandamu sudah tidak releven
Kami berbangga dengan De Bono
Idea Anthony Robbin
Plato kami banggakan
Kami setaraf dengan bangsa mereka

Fatimah
Riwayat ayahandamu diceritakan
Suatu hari Baginda didatangi lelaki
Bujang miskin hina
Nasihatnya agar bernikah
Dia datang lagi kerana tidak kaya
Nasihatnya agar nikah lagi
Dia datang lagi perkara sama
Nasihatnya nikah lagi
Selepas yang keempat
Baru leleki itu kaya
Kerana isteri keempatnya berbakat dalam tenunan
Diajarnya ketiga-tiga madunya bertenun
Dia perniaga yang berjaya

Fatimah
Tapi kami lain
Malu menjadi isteri kedua
Takut miskin hina
Takut kami dimaki dihina
Tapi mereka suka kami ternoda
Kerana dara sudah tiada harga
Adanya wang mengatasi segalanya
Adat merisik
Adat bertunang
Adat bersanding
Adat membatal wuduk
Adat lebih dari agama

Fatimah
Pelikkan kami ini
Kami hipokrit
Kami ego
Kami saman siapa yang mengaibkan kami
Tetapi kami berbangga kalau memperlekehkan agama
Sekian

Fatimah
Agar kau mengerti bahawa tiada lagi LELAKI didunia
Yang Tinggal cuma Jantan Keparat..... ..


abghalimMenjelang Mahgrib19-7-09abghalim@gmail. comabghalim.blogspot. com
--Sila layari http://abghalim/. blogspot. com/Sekian Terima Kasih.
Salam abghalim

Thursday, July 23, 2009

Kisah Balik Kampung-cerita makan-makan lagi...

Hujung bulan Jun 2009 lalu, Cik Abe kito kena balik kg. So...gapo lagi, kami dua beranok pun tumpang sekaki balik kg. Asma' pun balik retek.
On d way ke KB singgah Gua Musang. Firdaus siap tunggu kat GM nak ikut tgk buoh retek(Sian ko Firdaus bermlm kat rumah tumpangan yg ada misteri nusantara sampai tak tido satu malam)Pagi2 sampai GM tempat yang mesti kami singgah kalu nak mkn pagi ialah kedai Nasi belauk Gulai Serati dekat ngan stesen keretapi. Tu favourite Abe Ri lah. Kite makan nasi belauk ayam jah.Lepah tu gi tgk rumah kat Kg. Star Baru.Sampai kat umah tengok mcm2 buah ada..rambutan, durian, dokong, buoh sseto dll. Bulehla mkn mokte ngan buah sseto. Buah lain x masok lagi.Nurul Iman pulok kena kekoh ko pacat.Terjerit2 dia tgk daroh...
Mlm tu kat Pendek kitorang buat Majlis Besday untuk Ibunda tercinta...Masing2 bawak makanan. KakZa bawak bihun goreng, Yusri bawak ayam goreng Wakaf Che Yeh (x ingat nama kedai..hihi), Ummi Nurul plak masak kentang putar (ala2 whipped potato KFC tu..praktis resepi baru la konon2).Kak Ita tak dapat dtg sebab ada orang tempah puding Keladi tapi Abe Zaki mari walaupun lewat sebab ada kelas silat tongkat malam tu.Bestla dapat kumpul walaupun x cukup korum.
Masa dok kg , kami pergi jale Umah Ayah Chik 'G' sambil nak tumpang pakai internet (duk kg pun sibuk kena check emel). Sambil duduk2 hirup udara segar kat meja bulat bawah tu, Ayoh Chik wat tubik macam2 buah-buahan fresh dari pokok..paling best ada buah mata kucing Ayoh Chik petik terus dari pokok. Apalagi, kami pun makan la tanpa was-was sbb selama ni takut nak mkn buah mato kucing sbb biasanya ada bahan kimia kalu x basuh molek2. Pahtu Ayoh Chik ambik buah salok. Lepas tu...minum pulok air nyor. Tu pun nasib baik buah mokte tok masok lagi...
Masa nok balik Tapang, singgah Umoh Ayoh Chik 'D' atar barang kiriman Su Bangi.Masa tu kebetulan Ayoh Chik dan Makcik Nah baru balik Kl. Dapatlah merasa lempeng cicoh ngan kuah durian dari Tanjong Karang. Sedap tapi x leh mkn banyok sangat sebab kena control makan manis sebab paras gula dalam darah agak tinggi.Dapat pulok jupo Kak Nor...
Duk Tapang, buah salok melambak2.Makan lagi buah salok.Nenek nurul pulok siap buat tape(tapai) untuk nurul sebab nurul berehi sungguh makan tape...Malam tu, kami gi jale2 kat bandar KB singgah la kat pasar malam dia (hok dekat Pantai Timur tu).Tengok makanan best2...Abe Ri beli sate perut, pahtu beli somtam. Tgk steamboat pulok terliur...beli steambot.Lama benar dah tak singgoh sini sebab blk kg pun jrg buleh round ke bandar.Tu la hok beli tok kaba ingat tuh...Alhamdulillah nasib baik perut tok bronar mkn macam2.
Sebelum balik KL sempat la gi jale Umoh Abe Zaki.Dia hidang resepi terbaru dia, Roti Sardin Mini segera..tapi x dapat wat balik KL sebab dia baru jah try buat. sedap...Roti Goreng Frozen Abe Zaki pun sedap sampai Abe Kob(Asben Kak Dah) kirim suruh wat balik KL banyok2.kito pun borong jugok Roti goreng tu wat balik KL...

Tapi sebenarnya kalu balik kg, makanan paling best adalah masakan dari Bonda.Ye lah, dari kecik dok makan masakan Ma kito sampaila ke besar...Jadi ingat2 lah selalu ko ibubapa kita. Kalu hok x dapat balik, rajin2 la telefon tanya kabar.Kepada yang telah tiada, selalulah berdoa kerana segala doa dan amalan yang baik akan sampai terus pada mereka.

Friday, July 17, 2009

Cakuey Mok Long



Hari tu, maso mulo2 pening dan mual2 (biasalah dah jadi mok buyung) teringat dooh-dooh ko cakuey special Mok Long Pendek. Rasanya setakat ni x jupo lagi cakuey hok srupo ngan mok long buat. Setiap kali balik kg atau dengar2 jer sapo nok balik kg mesti kirim cakuey mok long. Sedap...maklumlah dari kecik lagi dok makan cakuey moklong. Ari tu masa balik kg, siap beli byk2 lagi bwk ke KL simpan dalam peti ais tempat sejukbeku..jadi stok ado sokmo. nak make gak goreng saja kasi panas... BEST!!! Hilang kempunan. So, sapo2 hok nak try bulehla telefon ko mok long. kitorg ni blk kg kalu nak mkn cakuey, malam2 tipon moklong suruh moklong buat lebih untuk ambik esok paginya.Baru buleh mkn banyok, sebab semo adik beradik berehi.
Sapo2 x try lagi buleh mencuba. Gi jale umoh Mok Long sambil jenguk2 Ayoh Long.

Saturday, July 11, 2009

Gambar Kahwin E-DA (anok Ayah Nik Wakaf Bharu)

Salam buat anak cucu Ayoh Tok,

Terima kasih kerana sabar menunggu. Keadaan tak mengizinkan untuk upload gambar awal.
Tanggal 01 JUN 2009 menyaksikan satu lagi majlis penting buat keluarga Tok Ayoh Eid, PERKAHWINAN EDA & AMRAN.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan kita ucapkan
Tahniah untuk pasangan pengantin baru kita dan buat menantu baru AMRAN, welcome !
Anok cucu Tok Ayoh hok mano tok de balik masa bekwoh tu bulehla tatap gambar2 istimewa kiriman Pn. Sri kito...

Sedapnya hidangan pengantin dia
Ni baru betul RAJA SEHARI...serba kuning

Ayoh Nik & Mok Nik bersama Eda & suami


Senyuman manis pasangan RAJA SEHARI. Semoga berbahagia dunia & akhirat. Amin...




Sunday, May 24, 2009

Cuba Teka Gambar Sapa ni...

Salam,
Cuba teka sapa ni....kalu x kenal ni berat benarlah. Sebab...ni antara orang kuat sebarang majlis yang di adakan oleh anak cucu tok Ayoh..







Eda dah nak kahwin...

Salam,
Rasanya kebanyakan anak beranak, cucu cicit Tok Ayoh tahu dah bahawasanya Ayoh Nik & Mok Nik bakal menerima menantu sekitar Jun 2009... Tahniah

Aturcara Majlis:



  1. Majlis akad nikah : Khamis, 28 Mei 2009 di Masjid Wakaf Bharu (3.00 ptg)

  2. Bekwoh : Isnin, 01 Jun 2009 di Rumoh Ayoh Nik

  3. Warna Tema : Biru


Nok mudah lagi, buleh tgk kad kawin Eda ni....

Kami warga cucutokayoheid.blogspot.com mengucapkan tahniah buat Ayoh Nik sekeluarga dan berdoa agar majlis berjalan dengan lancar dan semoga Eda & Amran kekal bahagia dunia & akhirat Amin.

Nanti kito pakat tunggu gambar2 majlis sekitar perkahwinan Eda & Amran.
Pakat ambik gambar comel2...

Thursday, May 14, 2009

Renung-renungkan...

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU!!! (belated laa...)



Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada...........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Saturday, May 9, 2009

Renungan Bersama

Salam Buat Keluarga Tok Ayoh...
Untuk renungan bersama, mari kita baca dan semoga kita berada dalam golongan yang sentiasa mendapat rahmat dan keberkatanNya.

Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama
sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi:-
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.


Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur.
Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut:-
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja.Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita.
Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Thursday, April 23, 2009

Renungan - Petikan E-mel (Thanks Pn Sri HDY)

AKU, KAU BERBEZA ....AKU, KAU ISTIMEWA ....LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakaladosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anakperempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanyakalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki...
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang takada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?

Itulah bandingannya dengan seorang wanita.Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadimilik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelakimenerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dananak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapisetiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhlukALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudaraperempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudaralelakinya.Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintuSyurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turutmenerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpaperlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisiseorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewadisisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadipemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAHwanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulangmengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamuberpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamubermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehinggadengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telahdikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri .

Monday, April 13, 2009

Team Futsal Cucu Tok Ayoh Eid @ Power Rangers

Jange mare....team futsal tok ayoh jugak buleh bertujar menjadi POWER RANGERS

















Team Futsal Cucu Tok Ayoh Eid

Terima kasih buat Abe Hafiz kito yang menghantar foto2 team futsal Cucu Tok AyohEid. Hebat cucu tok Ayoh ni sampai buleh wat team futsal.
Menurut Hafiz, gambar ni diambil masa rayo tahun lepas. Rasanya ada hok takdok dalam gambar. Nanti kita masuk lain kali.