Friday, October 30, 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Salam,
Buat pengetahuan semua, Kak Dah dan Abe Kob serta Mok Muda akan menunaikan ibadah haji pada musim haji kali ni. Mereka akan berangkat pada hari Sabtu, 07 November 2009 ...seminggu lagi.So, kita pakat2 doa supaya mereka memperolehi Haji Mabrur, selamat pergi dan selamat kembali.

Sunday, October 25, 2009

AIDILFITRI SEPTEMBER 2009 -ZIARAH PUSARA

Selesai beraya di rumah Ayoh Tok, kami beramai-ramai berjalan kaki ke pusara Tok Ayoh & Mok Tok.


Bersama-sama berjalan ke kawasan perkuburan

Ayoh Chik 'G' memberikan ucapan ringkas tentang adab-adab menziarahi kubur



Kemudian, kami beramai-ramai singgah rumah Abe Zaki menjamu selera. Kak Ita masak nasi lemak.


Sebahagian cucu-cicit Tok Ayoh melepak di anjung rumah Abe Zaki

AIDILFITRI SEPTEMBER 2009 DI RUMAH TOK AYOH

Buat tatapan semua...
Pada hari pertama Aidilfitri 2009, kami sempat menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah/madrasah Tok Ayoh.Alhamdulillah walaupun tak semua ada, ramai jugok anakcucu tok Ayoh Eid ni yang memenuhi madrasah dan segenap ruang rumah.
Bermula dengan solat sunat kemudian bermaaf-maafan, sama-sama menjamu selera dgn makanan yang dibawa oleh keluarga masing-masing(macam2 ada) dan aktiviti mengumpul duit raya(budak2 sukalah ni..).
Selepas itu kami beramai-ramai menziarahi pusara Tok Ayoh & Mok Tok dan Mok Wan & Pok Sin.Hok tak sempat datang umah Tok Ayoh bulehla tatap foto kat bawah ni yer...


Kat depan umah Tok Ayoh

Tak muat balasoh, yng pompuan solat kat dalam rumah


Di ruang dapur, Ayoh Long & Mok Long menjamu selera. Turut bergambar bersama Kak Za & Cik Huda. Mok Muda dok bual ngan Mok We Esah


Anak-anak teruna duk berbual sambil menjamu selera kat tangga depan

Thursday, October 22, 2009

Konvokesyen Asma'

Baru-baru ni, pada 4/10/2009 kami menghadiri majlis Konvokesyen Asma di UUM, Sintok Kedah.Tahniah Buat Asma'.Ni gambar bersama ahli keluarga yang sempat meluangkan masa menghadiri majlis konvo ini.


Pada malamnya, kami sempat singgah makan di Kuala Perlis. Pasangan Pegantin baru belanja makan seafood. Alhamdulillah.


Terima Kasih...

Salam....
Hari ni baru masuk hari ke-11 berpantang.Fuh, lama lagi tuh nok tunggu habis. Sabar... Alhamdulillah Allah kuatkan semangat menghadapi ujian dan takdir dariNya. 4 tahun menunggu kehadiran Khairunnisa' , namun takdir Allah mengatasi segalanya. Terima kasih pada keluarga dan sedara-mara yang sentiasa ada semasa susah dan senang...dari mula masuk hospital sehingga selesai urusan pengkebumian Khairunnisa', tahlil dan sms kata2 semangat.
TERIMA KASIH SEMUA.

ALL THE BEST VIA 'UPSR', 'PMR', 'SPM', 'STPM'.....




KhAs Untuk Warga CuCuCiCitTokAyohEid
yang menduduki peperiksaan pada tahun ni..
Kami mengucapkan ...
SEMOGA BERJAYA
&
SEMOGA KEJAYAAN MENGIRINGI ANDA SEMUA


**** RESULT UPSR akan kuar bulan depan...semoga semua dapat result GEMPAQ








Wednesday, October 14, 2009

TAKZIAH BUAT KAK YU SEKELUARGA.......

BUAT PENGETAHUAN SEMUA.....
Kita telah kehilangan seorag insan yang disayangi..Belum pun berkesempatan melihat Bumi Allah yang indah ni .....dia telah dijemput mengadap Illahi. Insan yang dimaksudkan ialah bakal kepada anakanda kak yu & Abang Nazri.Diharapkan kak Yu sekeluarga banyak bersabar dan redha atas pemergiannya.....Doakan semoga anakanda tergolong di kalangan orang2 yang beriman.. Ketahuilah Allah S.W.T. amat menyayanginya dan ada hikmah disebalik apa yang berlaku....
Dengan itu..marilah kita bersama-sama berdoa dan sedekahkan bacaan AL-FATIHAH....

Sunday, October 11, 2009

iNi DiA aHLI BaRu kITE..........



Untuk Tatapan semua.....
Tahun '09 merupakan tahun yang bersejarah bagi warga cucutokayoheid kerana kesemua ahlinya berlumba2 menunjukkan kehebatan masing2 dalam acara "siapa cepat melahirkan anak"hehehe....yang disertai pengantin lama dan pengantin baru...jumlah pesertanya cukup memberangsangkan iaitu seramai 7 pasangan.... Acara kemuncak telah sampai kepenghujungnya dengan lahirnya ahli baru cucucicitokayoheid sepanjang menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Aidil Fitri yang mulia...
Kami di sini mengucapkan sekalung tahniah kepada
*Abang Yie & kak Tie ( k.Krai ) - seorang puteri bernama Nur Syaza Hani
*Kak Yu ( MokWe ) - seorg putera bernama Muhammad Basyir Fithri
*Kak Tini ( Mok Long ) -
*Hasbi - seorang puteri bernama Nur Fatin Aliya
*Abang Long ( Melor ) - seorg puteri bernama Nurul Alisya
Terdapat 2 lagi peserta yang ontheway nak bersalin.....iaitu Kak Yu (mCik Tie ) & Kak Nor Lundang.....
Di sini, Pn Sri hanya sempat paparkan 3 jer gambar ahli baru kito ni untuk tatapan semua. Manakala yang selebihnya tengah berusaha untuk mendapatkannya...Pn Sri akan upadated dari semasa ke semasa. Oleh tu selalu la jenguk2 blog ni...hihiihiihii . Untuk pengetahuan semua, ahli baru kita ni ada pengalaman baru semasa dilahirkan...iaitu ada yang kuar ikut tingkap dan ada yang kuar ikut pintu biasa....nakal betul diorang ni ye...kecik2 dah pandai lompat tingkap. nak wat mcm mana cucutokayoheid ni terkenal dengan cucu2 yang nakal tapi baik hati dan berilmu..heehhee..xpela kuaar melalui mana2 pun asalkan ahli baru ni jadi anak2 yang soleh dan solehah..InsyaAllah....Dan kepada ibu2 yang baru bersalin tu jgn lupa berpantang plk...jgn ikut suka je nak makan....nanti pahni body tu biar la slim macam model ye....
***Pesanan Daripada Penaja : sesiapa yang ada info terkini dan terhangat ttg cucutokayoheid ni, silalah email kak yu @ Pn Sri ( errani007@yahoo.com ).