
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” Riwayat Al-Tabrani
Wednesday, March 25, 2009
Thursday, March 19, 2009
Bekwoh Dayah Hari ni..20 Mac 2009
Thursday, March 12, 2009
Kad Jemputan Pn Dayah kite

Ni dia kad kahwin dayah kito....sapa-sapo hok nak tgk tarikh ataupun alamat (payoh nih kalu x kenal umoh tok ayoh kita!) buleh refer sini.
Tuesday, March 10, 2009
Renungan
Maksudnya: "Barangsiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, Allah akan menjadikannya miskin. Barangsiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya, Allah akan menghinanya. Tetapi barangsiapa yang mengahwini wanita supaya dia dapat menundukkan pandangannya, membentengi nafsunya ataupun menyambung tali persaudaraan, Allah tentu memberikan keberkatan kepadanya dengan wanita itu dan wanita itu diberikan keberkatan kerananya."
Hadith riwayat Ibn Hibban.
Selanjutnya boleh baca huraian TG Nik Abd. Aziz dalam bukunya "Kisah Cinta Dalam Al-Quran"
Akad Nikah Dayah Dan Keto Baru Org Melor


12 Rabiulawal 1430H
- Hari Maulidurrasul
- Besday Kak Cheik Melor..Happy Birthday
- Dayah selamat diijab kabul. Alhamdulillah
- 40 hari kembalinya Allahyarham Atif ke Rahmatullah (Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya..Al-Fatihah)
Saturday, March 7, 2009
Renungan Bersama
Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:”Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.”
(Muslim)
HuraianPostur sujud ialah menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam a.s bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan. Sujud hanyalah untuk Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah " Sujudlah pada Ku." Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Tahun 2008 Kahwin, Tahun 2009 dapat cucu...
Alhamdulillah. Dengar ceritanya yang jadi Raja sehari tahun lepas akan bergelar ayah tahun nih.
Tahniah buat pasangan Hasbi & Azia dan Long & Mah.
Khabarnyo....
Khabarnyo....
- Ayoh Nik Wakaf Bharu nok buleh menantu tahun ni.
- Mokcik Ti Pendek pon.
Tapi tarikh tak pasti lagi...so, kalu buleh calling2 lah yer...buleh kita update.
Friday, March 6, 2009
Dayah - Pembuka Tirai Perkahwinan 2009
InsyaAllah..ahli keluarga Tok Ayah Eid akan merima ahli keluarga baru menjelang 9 hb Mac 2009. Dayah akan melangsungkan perkahwinan bulan Mac ini. Majlis Akad Nikah dijangka akan berlangsung pada hari Maulidurrasul 9hb Mac 2009 di rumah Mok Muda Melor kerana pada masa yang sama Majlis Tahlil 40 hari Allahyarham Atif akan diadakan.
Majlis Kenduri Kesyukuran pula dijangka pada 19hb/20hb Mac ini (tarikh x dapat update lagi) dan akan diadakan di rumah Keluarga Besar Tok Ayah Eid di Salor.
Kenangan 2008
Tahun 2008 baru jah berlalu. Pertambohan ahli keluarga baru? Tahun 2008..pakat nikoh blako. Jjakit gok dih...Alhamdulillah. Tahniah utuk pasangan-pasangan berikut:
- Kah Dah & Abe Kob - Keluarga Mok Cik Ti Pendek
2.Munirah & Amir (maaf kalu silap eja) - Keluarga Ayoh Ngoh Salor
5. Hasbi & Azia - Keluarga Ayoh Chik D 'London'
6. Azri & Sumayyah - Keluarga Ayoh Chik G Pendek
Semua semo pasangan ini berbahagia hingga ke akhir hayat.
Dengar citer, untuk 2009, boleh tahan gak pasangan-pasangan menunggu untuk dirai Raja sehari. Kita Tunggu...